Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,

€˜Silakan bertanya.

Berkata orang Yahudi,

€˜Sila terangkan kepadaa kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.

Sabda Rasulullah S.A.W

€˜Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya diantara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.

Setelah orang yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w, lalu mereka berkata.,

€˜Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahal yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasulullah s.a.w bersabda.

€˜Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi,

€˜Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Selepas itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud,

€˜Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat dimana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang iklas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudia meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasulullah s.a.w

€˜Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam mlam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahayang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya,

€˜Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepada nya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu :

€¢ Dibebaskan daripada api neraka
€¢ Dibebaskan dari nifaq. (sifat orang munafiq)

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasulullah saw, maka mereka berkata,

€˜Memang benarlah apa yang kamu katakana itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?

Sabda Rasulullah s.a.w,

€˜Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Alllah SWT kepada makhluk-Nya.

Kata orang Yahudi lagi,

€˜Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakana itu.Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang dieperolehi daripada berpuasa itu.

Sabda Rasulullah s.a.w

€˜ Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan iklas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara :

€¢ Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
€¢ Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
€¢ Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
€¢ Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
€¢ Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
€¢ Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
€¢ Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.

€˜Benar apa yang kamu katakana itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu diantara semua para nabi.?

Sabda Rasulullah s.a.w

€˜Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).

Kata orang Yahudi,

€˜Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Allah illah illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).

Sedikit peringatan untuk kita semua :

“Dan sesunguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.€

(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia medapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakanya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.€

(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang ikhlas megerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan€.

  • kuliah asar Sila klik pada gambar untuk imej sebenar
  • kuliah maghrib Sila klik pada gambar untuk imej sebenar
  • kuliah asar Sila klik pada gambar untuk imej sebenar
  • Tuisyen UPSR Sila klik pada gambar untuk imej sebenar

Pengumuman

Teks Khutbah Jumaat untuk bacaan pada minggu ini (19.12.2014) bertajuk \"Jauhi Ajaran Liberal\" kini boleh dimuat turun. Harap maklum....
Pendaftaran kelas pengajian bahasa arab  masih dibuka. Untuk berurusan boleh  menghubungi A.F.  Ust Yusof (019-5667716),  En. Abdul Aziz (017-5607082)  atau En.zakuan  (019-5125973). Terbuka kepada semua peringkat ...
Semua Imam Masjid Di Negeri Perak Perlu Membaca Khutbah Jumaat Yang Disediakan Oleh Pihak JAIPk Sahaja. Pihak Jabatan Tidak Akan Bertanggujawab Sekiranya Khutbah Yang Dibaca Adalah Selain Daripada Khutbah Jumaat Yang Dis...

Pendapat Anda

Pandangan anda mengenai reka bentuk baru portal baru ini

Kalendar Aktiviti

December 2014
S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

Hubungi Kami

  • Alamat: Jabatan Agama Islam Perak
    Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak
  • Tel : (60) 05-2084800
  • Fax : 60) 05-2555512

201623
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
420
1092
6667
186096
25105
40168
201623

Your IP: 54.80.140.26
Server Time: 2014-12-20 09:40:53
Visitors Counter