• Utama
  • KORPORAT
  • Profil Daerah
  • Daerah Bagan Serai

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH BAGAN SERAI

Jalan Matang Buloh

34300 Bagan Serai

Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-721 5227

FUNGSI DAN PERANAN PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA DAERAH

Melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak di peringkat daerah yang bertanggungjawab dalam pengurusan agama Islam negeri Perak dan pelaksana kepada dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak iaitu:

 

1. Perlaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Islam

  • Memberi pendidikan kepada masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran agama islam melalui program-program dakwah di samping menyeru masyarakat ke arah perpaduan.

2. Pengurusan nikah, cerai dan ruju' serta pembangunan keluarga islam

  • Mengukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum perkahwinan dan memastikan sesebuah keluarga dibina mengikut syariah.

3. Pengurusan dan pengimarah masjid dan surau

  • Memastikan segala urusan pentadbiran masjid dan surau di negeri Perak berjalan dengan baik di samping melaksanakan program-program yang dapat memupuk kecintaan masyarakat untuk mengimarahkanmasjid dan surau serta mengukuhkan perpaduan ummah.

4. Penyelidikan dan kajian akidah dan syariah

  • Membuat kajian berkaitan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah dan memaklumkan hasil kajian kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan pengamalan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan syariah islam.

5. Penguatkuasaan undang-undang syariah dan pendakwaan

  • Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di negeri Perak. Ianya bukanlah sekadar berbentuk hukuman tetapi juga memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat berkaitan agama islam.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.