• Utama
  • KORPORAT
  • Profil Bahagian
  • Bahagian Penyelidikan

Bahagian Penyelidikan

BAHAGIAN PENYELIDIKAN
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
TINGKAT 4, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
No. Telefon : 05-2084800
No. Fax : 05-2410406

OBJEKTIF

  • Meningkatkan Usaha Penyelidikan, Pengukuhan Aqidah Dan Penganalisaan Bagi Mewujudkan Pusat Maklumat Dan Informasi Islam.

FUNGSI

  • Mengkaji persoalan aqidah dan permasalahan semasa yang membelenggu perkembangan umat Islam serta merungkainya.
  • Bertindak sebagai mekanisme penggerak pembangunan sosio ekonomi dan kebajikan umat Islam.
  • Menjadi sumber maklumat dan dokumentasi berkaitan Islam di Negeri Perak.
  • Menjalankan kajian/ penyelidikan terhadap ajaran-ajaran seperti ajaran tarekat, tassawuf, perbomohan, persilatan dan sebagai-nya.
  • Menjalankan pemeriksaan dan menguruskan permohonan sijil halal.
  • Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penggunaan logo halal pada bahan-bahan makanan, minuman dan bahan-bahan gunaan lain.
  • Menapis bahan-bahan penerbitan bercetak khususnya buku yang menyentuh tentang agama Islam.
  • Menapis bahan-bahan audio-visual, rencana, ceramah, syarahan, nasyid, iklan, drama dan seumpamanya yang diterbitkan dalam bentuk VHS, VCD dan sebagainya untuk terbitan media awam.
  • Bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam menapis dan mem-perakukan kebenaran masuk buku-buku agama termasuk yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang diimport dari luar negara.
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran.

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami sedia melayani semua aduan persoalan aqidah dan pemasalahan komuniti Islam di Negeri Perak dan menyelesaikannya dalam tempoh 2 bulan.
  • Menyelesaikan pemprosesan sijil halal dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan borang.
  • Menyumbangkan maklumat perkembangan pembangunan Islam semasa di Negeri Perak serta merta apabila diminta.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.