• Utama
  • KORPORAT
  • Profil Bahagian
  • Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
TINGKAT 3, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
No. Telefon : 05-2084800

OBJEKTIF

Meninggikan mutu perkhidmatan, pembangunan manusia, mewujudkan keharmonian dan keceriaan jabatan, memperkemaskan dan mengawalselia pengurusan kewangan secara berhemat dan memantau projek-projek pembangunan fizikal jabatan secara berkesan.

FUNGSI UMUM

  1. Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am dan Perkhidmatan
  2. Menguruskan belanjawan dan kewangan
  3. Menguruskan hal-hal sumber manusia
  4. Menguruskan hal-hal berkaitan ICT
  5. Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan kecil (keagamaan)
  6. Menyelaraskan program-program / kursus anjuran jabatan.
  7. Urusetia kepada jawatankuasa peringkat jabatan

FUNGSI UNIT

  • UNIT PENTADBIRAN/PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    • Bertindak sebagai penyelia kepada hal-hal pentadbiran, kewangan dan pembangunan JAIPk.
    • Menyelaras urusan latihan pegawai dan anggota.
    • Menyelaras perhubungan awam jabatan.
    • Menyelaras masalah urusan tatatertib dan tatakelakuan semua peringkat pegawai dan anggota.
    • Menyelia urusan pengesahan dalam jawatan, gaji, pertukaran, pengambilan, penempatan dan pencen semua peringkat pegawai dan anggota JAIPk.
  • UNIT KEWANGAN
    • Menyediakan dan menyelaras penyediaan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan JAIPk.
    • Mengawalselia peruntukan dan pengurusan kewangan serta laporan perbelanjaan.
    • Mengurus pembayaran gaji dan elaun serta lain-lain perolehan jabatan.
    • Mengurus dan mengawal sistem pengurusan setor dan inventori jabatan.
  • UNIT PEMBANGUNAN
    • Menyediakan anggaran perbelanjaan pembangunan.
    • Menguruskan perlaksanaan projek-projek pembangunan.
    • Menyediakan program jangka pendek dan panjang jabatan.
    • Membuat pemantauan dan laporan kemajuan/ pencapaian projek-projek pembangunan.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.