• Utama
  • KORPORAT
  • Profil Jabatan
  • Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Pada 10 Ogos 1947, satu perjumpaan alim ulama dari seluruh negeri Perak telah diadakan di Kuala Kangsar. Perjumpaan tersebut telah menghasilkan satu resolusi mengenai kepentingan penubuhan sebuah Majlis Agama Islam di Perak khususnya dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu amnya. Semenjak itu, organisasi Pentadbiran Agama Islam mula diwujudkan dan dikenali sebagai Balai Syarak yang berpusat di Kuala Kangsar.

Susulan daripada perjumpaan tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak ditubuhkan pada 2 Ogos 1949. Peranan jabatan ini pada masa itu adalah untuk memberi bimbingan dan pendidikan berkaitan agama Islam kepada masyarakat. Seterusnya diikuti dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada 23 Oktober 1949 yang bertujuan untuk menasihati dan membantu Sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Undang-Undang Majlis ini telah diluluskan pada 1 Mei 1952.

Mengikut Enakmen Undang-undang di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004, suatu perbadanan bernama “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak€ ditubuhkan (sebelum ini ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Undang-Undang Pentadbiran Ugama 1965) dan menjadi suatu badan yang kekal turun temurun.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.