Koleksi Artikel

Majlis Penyampaian Watikah Pegawai Masjid

1 Ogos 2019, Khamis : Seramai 320 orang terdiri daripada imam dan bilal bagi masjid dan surau telah selesai diberikan tauliah dalam Majlis Penyampaian Tauliah Imam dan Bilal bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh pagi ini.

Turut hadir bersama YB Encik Asmuni Bin Awi, menyaksikan upacara pentauliahan yang telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Kesemua yang menerima tauliah pada hari ini ialah imam dan bilal bagi masjid dan surau bagi kawasan Zon 2 yang merangkumi Gerik, Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar dan Lenggong.

Imam dan bilal merupakan tunjang utama dalam sesebuah komuniti masyarakat. Mereka bukan sahaja sekadar melaungkan azan dan mengimamkan solat di masjid, malah pada merekalah terletaknya tanggungjawab yang besar untuk memastikan masjid berperanan seperti mana yang sepatutnya.

Tahniah diucapkan kepada kesemua imam dan bilal yang telah menerima tauliah ini. Dipanjangkan doa agar semuanya dapat menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan Islam dilihat sebagai agama yang membawa rahmat kepada semua.

facebook
qrcode
rss
w3c
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.