Koleksi Artikel

Solat Sunat Istisqa' Negeri Perak

Alhamdulillah.Solat Sunat Istisqa' anjuran JAIPk telah berlangsung dengan sempurnanya pada pagi Jumaat 14 Mac 2014 yang lalu di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah.

Diketuai Imam Besar Masjid Negeri, A.F Ust. Abd Farid Salleh, kira-kira 1,000 umat Islam di sekitar Ipoh telah bersama-sama menunaikan solat Istisqa' dan Hajat bagi memohon diperturunkan hujan serta dipermudahkan urusan dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut bersama-sama majlis berkata, €œKita sama-sama berdoa kepada Allah agar memakbulkan permohonan kita kerana inilah satu-satunya tempat untuk kita bermohon iaitu kepada Allah SWT,€ tegasnya. Tambahnya lagi, €œWalaupun ada beberapa tempat menunjukkan hujan sudah turun tetapi kita tetap terus bermohon kepada Allah SWT supaya nikmat tersebut sentiasa berterusan,€

Turut menyertai solat tersebut ialah Exco Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, anggota pasukan keselamatan negara seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang awam dan pelajar-pelajar dari sekolah berasrama penuh di sekitar Ipoh.

Untuk makluman umum, penganjuran solat Istis€™qa dan hajat akan diadakan di setiap daerah dan masjid-masjid di seluruh Perak.

Marilah kita berdoa agar pesawat MH370 dapat ditemui dengan kadar segera dan hujan rahmat segera turun€¦Amin.

solat

facebook
qrcode
rss
w3c

Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.