Koleksi Artikel

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 1435H/2014M

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 1435H/2014M anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah berlangsung dengan sempurnanya pada 14 Januari 2014 yang lalu. Sambutan Maulidur Rasul bertemakan €˜Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah€™ itu merupakan program tahunan yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Bertempat di Aman Jaya Convention Centre Casuarina @ Meru, acara dimulakan dengan ketibaan orang ramai dan Dif-dif kenamaan disusuli ketibaan YAB Menteri Besar Perak dan isteri. Keberangkatan tiba DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah diiringi DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, disambut dengan meriah diiringi DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan DYAM Raja Puan Muda, Raja Nur Mahani binti Raja Shahir Shah. Merafak sembah terima kasih tuanku kerana sudi hadir mencemar duli.

Majlis yang penuh keberkatan ini dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta Persembahan Qasidah yang diperdengarkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah. Tuanku Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan menyampaikan titah perasmian seterusnya bersama-sama seluruh hadirin mengalunkan Selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.

Kemuncak majlis sambutan menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1435H/2014M yang disampaikan kepada Lima (5) kategori iaitu :-

  1. Anugerah Keluarga Mithali - Ust. Haji Othman bin Shafie
  2. Anugerah Pendakwah - Ust. Abdul Naser bin Tun Abdul Rahman Ya€™kub
  3. Anugerah Iman €“ Ust. Haji Ramli bin Yusof
  4. Anugerah Bilal €“ Ust. Mokri bin Ahmad
  5. Anugerah Siak Masjid €“ Ust. Adam bin Abdul Malek

Acara diteruskan lagi dengan Pelancaran Buku €œMendekati Al-Quran dan Mendekati Sunnah €œ dan persembahan cenderamata. Ceramah Khas Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah bebas, YBhg Dr. Farrah Syazwani binti Tarmizi.

Majlis telah selesai dengan jayanya. Semoga Sambutan Maulidur Rasul kali ini memberikan pengertian kepada diri kita menghayati perjuangan Baginda, meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, bersatupadu memupuk ukhuwwah Islamiyyah di samping mencipta kegemilangan dan ketamadunan masyarakat Islam mengikut arus perkembangan semasa secara seimbang. Amin€¦

DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan titah perasmian.

Selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. bersama-sama seluruh hadirin.

Antara tetamu kenamaan yang hadir.

Persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah.

Antara hadirin yang hadir.

Kakitangan awam dan pelajar-pelajar sekolah turut hadir memeriahkan majlis.

Pelancaran Buku €œMendekati Al-Quran dan Mendekati Sunnah €œ oleh Raja Dr Nazrin Shah.

Penyampaian Cenderamata oleh YAB Menteri Besar Perak kepada Raja Dr Nazrin Shah

Wajah-wajah gembira pemenang Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 1435H/2014M.

Anugerah Tokoh Iman €“ Ust. Haji Ramli bin Yusof dan isteri.

Anugerah Tokoh Pendakwah €“ Ust. Abdul Naser bin Tun Abdul Rahman Ya€™kub bergaya bersama keluarga.

Anugerah Keluarga Mithali €“ Ust. Haji Othman bin Shafie dan keluarga.





Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.