Koleksi Artikel

MAJLIS SAMBUTAN DI AMBANG MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PERAK 1435H/2013M

Majlis Sambutan Di Ambang Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1435H/2013M telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Solat Raja Baharom Masjid Daerah Batu Gajah pada 4 Nov 2013 yang lalu. Acara yang bermula pada jam 4.00 petang itu dimulakan dengan ketibaan orang-ramai dan tetamu jemputan untuk Solat Asar berjemaah. Ketibaan tetamu kehormat YB Drs. Mohd Nizar b. Hj. Zakaria, Exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak telah menceriakan lagi majlis. Hadirin kemudiannya dibawa menghayati Ceramah Maal Hijrah 1435H yang disampaikan oleh Capt. Musman Nasri yang dibawakan khas dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Kemeriahan majlis diteruskan lagi dengan sesi pengumuman dan penyampaian hadiah. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Pengurusan Masjid Terbaik, Pengurusan Kubur Terbaik dan Sekolah Agama Rakyat Terbaik. (Sila lihat jadual di akhir artikel untuk melihat senarai penuh pemenang)

Malam menjelang tibanya bulan Muharram, seluruh hadirin telah bersama-sama memperdengarkan Bacaan Yasin dan Tahlil diikuti Bacaan al-Quran dan Terjemahan. Bacaan doa akhir tahun 1434H dialunkan sebelum masuknya waktu solat Maghrib disusuli Doa Awal Tahun 1435H usai selesai azan diketuai oleh Dato' Syeikh Mohamah Nor Mansur al-Hafiz (Penasihat MAIAMPk) seterusnya Solat Maghrib secara berjemaah.

Selesai sesi jamuan makan dan Solat Isyak berjemaah, para jemaah dan hadirin dibawa sekali lagi untuk menghayati Tema Sambutan Maal Hijrah 1435H iaitu €œWasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah€ melalui Forum Perdana yang dijalankan. Dengan ahli panel yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim (Rektor KUISAS) dan Ust. Abdullah Din (SM Kuala Nerang) serta dipengerusikan oleh Ust. Asyraf bin Ismail dari JAIPK, para hadirin telah diberi penerangan yang lebih mendalam akan maksud Wasatiyyah serta impaknya kepada kesatuan ummah sejagat. Selain itu, para hadirin juga berpeluang untuk berkomunikasi dan mengemukakan soalan kepada ahli panel yang terlibat menerusi slot sesi soal jawab.

Majlis telah selesai dengan jayanya. Semoga Awal Muharram kali ini memberikan pengertian dan keinsafan yang cukup mendalam kepada diri kita. Amin€¦

pic vip

Tetamu kehormat YB Drs. Mohd Nizar b. Hj. Zakaria dan Dato€™ Haji Mohd Yusop b. Haji Husin, Pengarah JAIPk bersama-sama memperdengarkan bacaan Yassin dan Tahlil diketuai oleh Dato' Syeikh Mohamah Nor Mansur al-Hafiz (Penasihat MAIAMPk)

doa akhir tahun

Bacaan Doa Akhir Tahun 1434H & Awal Tahun 1435H

pic 3

Antara hadirin@jemaah yang hadir.

pic5

Jemaah wanita juga tidak ketinggalan menyertai program sambutan.

maal hijrah

Pemenang Kategori Pengurusan Masjid Terbaik :

Masjid An Naim, Taman Seri Setia, Teluk Intan ( DAERAH HILIR PERAK)

PIC6

Pemenang Kategori Pengurusan Kubur Terbaik :

Tanah Perkuburan Masjid Fadzlullah, Kg Teluk Kepayang, Bota ( DAERAH PERAK TENGAH)

p7

Antara Pemenang Kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) TERBAIK :

SRAR Al-Tarbiah Al-Islamiah, Taiping

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK

PENGURUSAN MASJID TERBAIK DALAM NEGERI PERAK
BIL. DAERAH NAMA MASJID KEPUTUSAN
1. HILIR PERAK Masjid An Naim, Taman Seri Setia, Teluk Intan Pertama
2. LARUT MATANG & SELAMA Masjid Al Hidayah, Asam Kumbang, Taiping Kedua
3. MANJUNG Masjid Salahuddin Taman Desa Bayu, Seri Manjung Ketiga

PENGURUSAN KUBUR TERBAIK DALAM NEGERI PERAK
BIL. DAERAH NAMA MASJID KEPUTUSAN
1. PERAK TENGAH Tanah Perkuburan Masjid Fadzlullah, Kg Teluk Kepayang, Bota Pertama
2. KINTA Tanah Perkuburan Tanjung Tualang, Kampung Gajah Kedua
3. KERIAN Tanah Perkuburan Masjid Ar Ridzuan, Teluk Medan, Bagan Serai Ketiga

SEKOLAH AGAMA RAKYAT TERBAIK NEGERI PERAK
BIL. NAMA SEKOLAH
NAMA GURU BESAR NO. TELEFON
1.

SRAR AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH, JALAN MUZAFFAR SHAH, ASAM KUMBANG, 34000 TAIPING.

PN. KU ZAIMAH BT. KU YAACOB 05-8061890
2. SRAR AL-IKHLASIAH, TAMAN SRI BIDOR, 35500 BIDOR. PN. AZMIAH BT. ALIAS 012-5138546
3. SRAR AL-KHAIRIAH, JALAN TELUK BATIK, TELUK MUROH, 32200 Lumut. PN. NOORIAH BT. MAT KASAN 013-4158996

facebook
qrcode
rss
w3c
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.