Koleksi Artikel

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Majlis Jamuan Raya Jabatan telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Sept 2013 / 28 Syawal 1434 bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, INTIM. Acara yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Dato€™ Haji Mohd Yusop b. Haji Husin, Timbalan Pengarah Tuan Haji Harith Fadzilah b. Haji Abd. Halim, tetamu-tetamu VIP daripada pelbagai agensi seperti SPA, Jabatan Veterinar, MAIPk, Bank Islam, Pejabat-pejabat Agama Daerah, dan seluruh warga JAIPk.

Menariknya, setiap bahagian telah diberikan gerai untuk menghidangkan menu istimewa masing-masing antaranya kambing golek, rendang ayam dan daging, nasi arab, lemang, laksa, bihun sup, sate, kek dan banyak lagi. Selain itu, pertandingan gerai terbaik juga telah diadakan dan senarai pemenangnya adalah seperti berikut :-

Tempat Pertama €“ Bahagian Pengurusan Masjid

Tempat Kedua €“ Bahagian Khidmat Pengurusan

Tempat Ketiga €“ Bahagian Pendakwaan.

Secara kesimpulannya jamuan ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga Jabatan disamping saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain di hari yang mulia ini.

2

Pengarah Dato€™ Haji Mohd Yusop b. Haji Husin bersama Timbalan Pengarah dan juga barisan Ketua Penolong Pengarah (KPP) JAIPk.

1

Pengarah Dato€™ Haji Mohd Yusop b. Haji Husin dan Timbalan Pengarah Tuan Haji Harith Fadzilah b. Haji Abd. Halim dan barisan KPP melawat gerai yang disediakan oleh setiap Bahagian.

2

Antara tetamu yang hadir.

3

Sesi menjamu selera.

4

Pengarah Dato€™ Haji Mohd Yusop b. Haji Husin bersanding olok-olok di atas "Pelamin" ditemani oleh KPP Bahagian Pengurusan Masjid Ust. Saiful Azizi b. Abd Manap.

5

Suasana di luar dewan jamuan : disebalik tabir.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.