Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-57 Peringkat Negeri Perak

IPOH, 31 OGOS 2014 – Syabas diucapkan kepada Kontinjen Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana berjaya merangkul Tempat Ke-2 Kontinjen Kawad Terbaik kategori Jabatan Kerajaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-57 Peringkat Negeri Perak yang telah berlangsung pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Turut membanggakan, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di bawah selian Jabatan turut berjaya mengekalkan kejuaraan Kontinjen Kawad Terbaik Kategori Sekolah Menengah iaitu :

  • Tempat Pertama : Sekolah Raja Perempuan Taayah
  • Tempat Kedua : UPSI
  • Tempat Ketiga : Sekolah Izzuddin Shah

Turut berangkat hadir bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Ke- 57 Peringkat Negeri Perak, DYMM Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini dengan tema “Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” berjaya menarik penyertaan sebanyak 4,989 peserta mewakili 102 kontinjen. Sambutan kali ini diadakan secara sederhana kerana Perak masih lagi dalam tempoh berkabung di atas kemangkatan Almarhum Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Tahniah diucapkan! Semoga Sambutan Hari Kebangsaan kali ini menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan harmoni. Amin.

pic 1

Kontinjen JAIPk bersama Kontinjen Sekolah Izzuddin Shah semasa sesi raptai.

pic 2

Kontinjen JAIPk bersiap sedia.

pic 3

Perarakan berlangsung di sekitar jalan utama Bandaraya Ipoh.


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024. Jumlah Pelawat: 17558284

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH