Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (18 Oktober 2021) - Sultan Nazrin hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak

IPOH - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Isnin.

Keberangkatan baginda diiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada sambutan itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan Anugerah Pengamal Media kepada wakil Astro Awani dan editor Suara Perak, Abd Razak Mohd Ali, 58, manakala Anugerah Pendakwah pula diberikan kepada Muhammad Missyaqirin Thien Abdullah, 46, yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk Orang Asli Pos Kemar, Gerik.

Masing-masing dikurniakan RM3,000, plak dan sijil penghargaan.

Tahun ini, Anugerah Keluarga Mithali dianugerahkan kepada Datuk Abd Rasid Nopiah, 67, yang menerima kurniaan wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan.

Bapa kepada lima cahaya mata itu menitikberatkan agama dan pendidikan dalam membesarkan anak-anak sehingga berjaya menjadi pensyarah, doktor perubatan dan guru.

Sambutan bertemakan 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti', baginda menunaikan solat maghrib bersama lebih 200 hadirin selain diperdengarkan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/167626/EDISI/Sultan-Nazrin-hadir-Majlis-Sambutan-Maulidur-Rasul-Negeri-Perak


  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Sinar Harian (18 Oktober 2021) - Sultan Nazrin hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak

Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 28 Mac 2024. Jumlah Pelawat: 17539434

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH