Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Utusan Malaysia - PKPB: JAIPk tangguh kursus pra-perkahwinan bersemuka

Utusan Malaysia Online
Oleh SHAARANI ISMAIL
11 November 2020, 9:20 pm

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengangguhkan pengendalian kursus pra-perkahwinan secara bersemuka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November hingga 6 Disember depan.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, untuk itu semua penganjur perlu memulangkan semula wang pendahuluan daripada peserta yang sudah diterima.

“Penangguhan itu berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Sehubungan itu, pihak penganjur dinasihatkan untuk tidak mengambil wang pendahuluan bagi kursus yang diaturkan sepanjang PKPB dan perlu memulangkan semula wang pendahuluan yang sudah diterima,” katanya melalui surat pekeliling yang diedarkan di sini hari ini.

Mohd. Yusop berkata, oleh yang demikian, pasangan yang berhasrat untuk melaksanakan akad nikah dalam tempoh PKPB dan masih belum menghadiri Kursus Praperkahwinan Islam boleh menghadiri sesi Temuduga Khas di Pejabat Agama Islam daerah yang berdekatan. – UTUSAN


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024. Jumlah Pelawat: 17557880

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH