ARAHAN PENANGGUHAN MAJLIS AKAD NIKAH SEPANJANG TEMPOH KAWALAN COVID-19
السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته
ARAHAN PENANGGUHAN MAJLIS AKAD NIKAH SEPANJANG TEMPOH KAWALAN COVID19
Dukacita dimaklumkan bahawa semua Majlis Akad Nikah sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan Covid-19 hendaklah DITANGGUHKAN BERKUATKUASA SERTA-MERTA DARI TARIKH 21 MAC 2020 (SABTU) SEHINGGA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.
Dipohon kerjasama semua Pegawai Tadbir Agama mengambil maklum arahan ini dan tindakan selanjutnya mengikut daerah masing-masing.
***Dipohon semua PTA untuk memaklumkan kepada Jurunikah di bawah kawalan Tuan-tuan PTA sekalian.
Sekian dimaklumkan. Wassalam.
Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Bertarikh : 21 Mac 2020