Turut diadakan juga ceramah “Kompas Wang”, tazkirah dan forum perdana serta pertandingan nasyid dan demonstrasi masakan.

Pada 24 April, Majlis Makan Malam Amal diadakan bertujuan mendapatkan kutipan dana bagi merancakkan program pengimarahan masjid yang dijadualkan sepanjang tahun ini. Sumbangan dana ini diperolehi dari penjualan meja pada Majlis Makan Malam Amal itu.

Pembelian meja terbahagi kepada 3 kategori. Kategori pertama iaitu Platinum berharga RM5,000 (berhampiran dengan pentas utama), kategori kedua iaitu Gold berharga RM3,000 (dibahagian tengah dewan), manakala kategori Silver berharga RM2,000 (bahagian belakang). Keseluruhan penjualan meja ini terhad kepada 90 unit sahaja.

Terdapat juga Buffet Amal yang diadakan sepanjang karnival dengan pelbagai masakan dari Timur Tengah dengan harga RM10.00 dan makan sampai kenyang.

Tidak ketinggalan program "Fun Run & Ride Halal" anjuran Bahagian Halal, JAIPk memeriahkan lagi majlis. Seramai 230 orang menyertai acara larian dan 83 orang menyertai acara berbasikal. Pelbagai hadiah menarik dimenangi oleh para peserta.

 

  

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mei 2020.

Harini 4

Semalam 28

Minggu Ini 82

Bulan Ini 724

Jumlah Pelawat 16147329

Test

sasasasasasasasa