Ipoh, 11 Sept : Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M peringkat Negeri disertai dengan kehadiran melebihi 3,000 umat Islam yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal dan barisan exco kerajaan negeri.

Kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat menerima anugerah Tokoh Ar-Ridzuan, manakala Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang, dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 2018. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah bernilai RM7,000, hadiah iringan, plak dan sijil. Anugerah disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sementara itu, Masjid Ar-Ridzuan Parit Buntar menerima anugerah Pengurusan Masjid manakala Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak menerima anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, plak dan sijil.




Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 10 Julai 2020.

Harini 2

Semalam 27

Minggu Ini 146

Bulan Ini 269

Jumlah Pelawat 16148375

Test

sasasasasasasasa