Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Perak

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Perak

IPOH, 31 OGOS 2017 – Syabas diucapkan kepada Kontinjen Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana berjaya merangkul Tempat Ke-3 Kontinjen Kawad Terbaik kategori Jabatan Kerajaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Perak telah berlangsung pada 31 Ogos 2017 yang lalu dianggotai seramai 55 orang pesrta. Turut membanggakan, ketiga-tiga Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di bawah selian Jabatan Agama Islam berjaya merangkul kejuaraan Kontinjen Kawad Terbaik Kategori Sekolah Menengah iaitu :

  • Tempat Pertama : Sekolah Raja Dr.Nazrin Shah
  • Tempat Kedua : Sekolah Izzuddin Shah
  • Tempat Ketiga : Sekolah Raja Perempuan Taayah

Turut berangkat hadir bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Ke- 57 Peringkat Negeri Perak, DYMM Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tahniah diucapkan! Semoga Sambutan Hari Kebangsaan kali ini menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan harmoni. Amin.










Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 17 April 2024. Jumlah Pelawat: 17559372

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH