Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Program Memasak Bubur Lambuk - 20 Jun 2016

Satu program Gotong Royong Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang telah dianjurkan oleh warga Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Jabatan Perikanan Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Jabatan Mufti Perak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada tarikh 20hb. Jun, 2016 (Isnin), yang bermula gotong-royong memasak seawal jam 08.00 pagi sehingga penyerahan agihan jam 4.00 petang.

Program Gotong Royong memasak bubur lambuk ini dijalankan diperkarangan Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh (Masjid Negeri).

Majlis pengagihan dan penyerahan bubur lambuk telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak di perkarangan Kompleks Islam Darul Ridzuan. Penyerahan turut diberikan kepada jabatan yang berdekatan dan berkaitan dengan JAIPk. Turut diberikan juga kepada orang awam di kawasan tersebut.












Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 28 Mac 2024. Jumlah Pelawat: 17539666

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH