• Laman Utama
  • Maklumat Umum
  • Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1436H / 2015M dan Majlis Perasmian Masjid Al-Ansar, Halaman Meru Impian, Ipoh

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Negeri serta Majlis Perasmian Masjid Al-Ansar, Halaman Meru Impian. - Foto Bernama


Ipoh, 03 Julai 2015 - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Ansar di Halaman Meru Impian, Ipoh - Perak. Sultan Nazrin yang diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah seterusnya berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 rakyat jelata.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria serta barisan exco negeri.

Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam Perak sebanyak RM526,200 kepada penghulu yang mewakili 2,631 penduduk setempat dari lapan mukim. Lapan mukim itu ialah Lahat yang menerima sebanyak RM84,000, Sungai Raia (RM64,200), Ulu Kinta Tanjung Rambutan (RM79,400), Ulu Kinta Chemor (RM76,800), Ulu Kinta Ipoh (RM140,600) Sungai Terap (RM35,800), Tanjung Tualang (RM34,400) dan Tronoh (RM11,000).

Baginda turut menyampaikan replika kunci van jenazah kepada Pengerusi Masjid itu Mustaha Khalil. Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah. - Bernama

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 25 November 2020.

Harini 38

Semalam 29

Minggu Ini 117

Bulan Ini 551

Jumlah Pelawat 16151243

Test

sasasasasasasasa