IPOH, 16 SEPTEMBER 2014 – Alhamdulillah, program Nikah Jamaie Syarie Peringkat Negeri Perak 2014 telah berlangsung dengan sempurnanya pada 16 September 2014 yang lalu bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II. Untuk edisi tahun ini, seramai 38 pasangan pengantin termasuk Orang Asli dan saudara baru dinikahkan beramai-ramai oleh 20 jurunikah bertauliah JAIPk yang mana turut disaksikan oleh keluarga masing-masing.

Majlis yang bermula seawal jam 8 pagi ini berlangsung dengan cukup meriah bermula dengan taklimat kepada peserta, sesi khutbah nikah, sesi ijab qabul, solat sunat nikah dan sesi penyerahan mas kahwin, penyerahan tanggungjawab, majlis perarakan pengantin, majlis makan beradab dan sesi fotografi.

Penganjuran program ini adalah khusus untuk memberi peluang kepada golongan tertentu terutamanya bagi mereka yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah untuk melangsungkan pernikahan mengikut syariat Islam.

pic 1

Para Jurunikah dan pengantin lelaki bersiap sedia sebelum majlis bermula.

pic 2

Exco Pendidikan Islam Negeri, YB Mohd Nizar Zakaria turut hadir memeriahkan acara.

pic 3

Pengarah JAIPk, Dato' Hj. Mohd Yusop b. Hj. Husin menikahkan pasangan pengantin pertama.

pic 4

Sesi Ijab dan Qabul berlangsung.

pic 5

Sesi perarakan menuju Dewan Bandaran Ipoh.

pic 6

Para pengantin yang terlibat.

pic 7

Para pengantin yang terlibat.

pic 8

Exco Pendidikan Islam Negeri, YB Mohd Nizar Zakaria dan Pengarah JAIPk, Dato' Hj. Mohd Yusop b. Hj. Husin turut sama mengiringi pengantin.

pic 9

Bergambar kenangan.

pic 10

Wajah-wajah ceria pengantin sejurus selesai majlis pernikahan.

pic 11

Para pengantin menuju Dewan Bandaran Ipoh untuk sesi Makan Beradab.

pic 12

Antara kaum keluarga dan sanak saudara yang hadir.

pic 13

Sesi bergambar di atas pelamin yang disediakan khas.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Emel: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 03 April 2020.

Harini 10

Semalam 92

Minggu Ini 459

Bulan Ini 258

Jumlah Pelawat 16144589

qrcode
Test

sasasasasasasasa