Awal Muharram, bulan pertama dan bersejarah dalam Kalendar Islam sekali lagi disambut dengan meriah pada tahun ini dengan berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1435H/2013M pada 5 Nov 2013 yang lalu. Bertempat di Dewan Raja Baharom Masjid Daerah Batu Gajah, acara yang dihadiri kira-kira 2500 orang hadirin ini dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh Tn. Hj. Kamaruzzaman, Johan Tilawah al-Quran Daerah Kinta 2013.

DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah diiringi DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa bersama DYAM Raja Puan Muda, Raja Nur Mahani binti Raja Shahir Shah telah sudi mencemar duli bagi menghadiri majlis.

Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan untuk menyampaikan titah perasmian. Di dalam ucapannya, baginda telah menyampaikan amanat dan mengajak umat islam melakukan perubahan serta mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Kemuncak majlis sambutan, Tn. Haji Sulaiman bin Hj. Ismail, bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah dan Kadi Besar Perak telah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1435H manakala Tan Sri Dato€™ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah Negeri Perak 1435H.

Acara diteruskan lagi dengan program Ceramah Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Yang Dipertua YADIM bertemakan €œWasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah€.

Turut hadir di majlis tersebut Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Diraja Dr. Hj. Zambry bin Abdul Kadir dan isteri, YTM Raja Kecil Besar Perak, Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YAB Gen. (B) Tan Sri Dato' Seri Muhd. Zahidi bin Hj. Zainuddin, Hakim Mahkamah Tinggi Perak, Dato' Zainal Azam serta barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.

pic 1

pic 2

pic 3

pic 4

pic 5

pic 6

pic 7

pic 8

pic 9

pic 10

pic 11

pic 12

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Emel: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 20 Februari 2020.

Harini 157

Semalam 569

Minggu Ini 4634

Bulan Ini 16971

Jumlah Pelawat 16130105

qrcode
Test

sasasasasasasasa