Piagam Pelanggan Jabatan Agama Islam Perak

  • Memulakan komunikasi atas semua urusan dengan :
    • Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh'
  • Memberi layanan mesra, cekap dan amanah kepada semua urusan.
  • Menambahkan peningkatan bilangan pemeluk Islam sebanyak 100% setiap tahun.
  • Menyebarkan dakwah Islamiah serta berusaha memberi khidmat sosial dan kebajikan yang berkualiti dan terbaik.
  • Memantapkan Aqidah Islamiah dan mengambil tindakan segera ke atas sebarang penyelewengan masyarakat Islam.
  • Memberikan perkhidmatan rundingcara kepada pelanggan sebaik sahaja permohonan diterima.
  • Meluluskan permohonan perkahwinan dalam masa satu (1) minggu.
  • Menyediakan khutbah Jumaat menurut isu semasa.
  • Menyeragamkan perubahan-perubahan terkini terhadap kurikulum dan ko-kurikulum Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat peringkat rendah dan menengah dari masa ke semasa dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Melaksanakan kurikulum dan ko-kurikulum yang telah dirancangkan ke tahap terbaik.
  • Berusaha memastikan kelulusan peperiksaan PT3 dan SPM mencapai 70% bagi Sekolah Agama Rakyat.
  • Meluluskan permohonan bantuan pembangunan fizikal Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat tidak lewat dari tiga (3) bulan dari tarikh permohonan.
  • Berusaha memastikan pencapaian keputusan peperiksaan pangkat terbaik bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebanyak 90% bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan serta-merta kepada semua aduan dan maklumat yang diterima atas kesalahan jenayah syarak.
  • Selesai memproses permohonan halal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh dikemukakan.
  • Memastikan semua pegawai dan kakitangan dapat mengikuti kursus pembangunan manusia setiap tahun.
  • Menyelesaikan urusan tuntutan pembayaran kakitangan dalam tempoh dua (2) minggu.
  • Mengeluarkan kad pemeluk Islam dalam masa sebulan.



Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Rabu 15 Julai 2020.

Harini 17

Semalam 17

Minggu Ini 53

Bulan Ini 343

Jumlah Pelawat 16148449

Test

sasasasasasasasa