Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Program Training Of Trainers (TOT) Menangani Fahaman Syiah

Program anjuran bersama Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (JARUM), Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ini telah diadakan dengan jayanya di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu pada 1 hingga 3 April 2014 yang lalu.

Dikendalikan oleh Ahli Panel kajian aqidah, para peserta adalah terdiri daripada Ketua-ketua Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Agama dan Pegawai Tadbir Agama JAIPk, Pegawai-pegawai Mahkamah Syariah, Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk).

Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai isu-isu ajaran Syiah yang sedang bergerak aktif di negara kita supaya dapat ditangani bersama dari pelbagai peringkat. Turut hadir bersama program ini adalah pensyarah-pensyarah dari Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Perak dan wakil-wakil NGO.

1

2

3

4

5

6

7

8


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 28 Mac 2024. Jumlah Pelawat: 17539715

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH