Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

UJIAN TILAWAH AL-QURAN ONLINE DALAM RAKAMAN VIDEO SEMPENA MAAL HIJRAH 1442H NEGERI PERAK

Ujian Tilawah Al-Quran Online

UJIAN TILAWAH AL-QURAN ONLINE DALAM RAKAMAN VIDEO SEMPENA MAAL HIJRAH 1442H NEGERI PERAK

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada seluruh anak kelahiran NEGERI PERAK.
2. Peserta hendaklah berumur 23 tahun dan ke atas.
3. Durasi video bacaan hendaklah tidak melebihi 5 minit.
4. Rakaman video bacaan hendaklah direkod dalam bentuk landskap dan saiz video tidak melebihi 100MB.
5. Bacaan adalah wajib menggunakan TARANNUM BAYYATI daripada mana-mana ayat dalam Surah YASSIN atau AL KAHFI sahaja.
6. Setiap peserta dikehendaki menyebut “PERAK SEJAHTERA” di akhir video.
7. Rakaman video perlulah dibuat di tempat yang sesuai.
8. Setiap rakaman video mestilah KARYA ASAL dan tidak disunting.
9. Setiap video yang dihasilkan hendaklah dihantar kepada pihak urus setia melalui pautan https://bit.ly/2P8C5i4 dan perlulah dinamakan dengan nombor Kad Pengenalan peserta. Contoh: 010101085000
10. Video yang dihantar adalah serta merta milik JAIPk.
11. Penggunaan alat bantuan tambahan seperti pembesar suara, auto tune ketika rakaman bacaan adalah TIDAK DIBENARKAN.
12. Penyertaan bekas Johan Qari/ah peringkat negeri Perak TIDAK DIBENARKAN.
13. Keputusan hakim adalah muktamad, sebarang rayuan tidak dilayan.

Tarikh tutup penyertaan: 9 OGOS 2020 (11.59 MALAM)


Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 24 April 2024. Total Visitors 17561545

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH