Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Larangan Menjalankan Aktiviti 'Echo Training' Jemaah Tabligh

Larangan Menjalankan Aktiviti 'Echo Training' Jemaah Tabligh Bagi Membendung Penyebaran Wabak COVID-19 Di Seluruh Negeri Perak

1.Jemaah Tabligh dilarang untuk menjalankan aktiviti 'Echo Training' Jemaah di kawasan masjid / surau untuk sementara waktu.

2. Jawatan Kuasa Kariah dipohon menyemak masjid/surau yang ada tumpuan /kunjungan Jemaaah Tabligh terutama yang pulang dari Ijtimak Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling agar membuat saringan kesihatan di Pejabat Kesihatan berhampiran.

3. Pastikan masjid/surau berkenaan melakukan proses nyahvirus dan penyucian jika terdapat gejala terbabit.

4. Dapatkan nasihat dan panduan dari Pejabat Kesihatan Daerah dalam semua urusan berkaitan.

5. Jawatankuasa Kariah perlu bertindak jika telah mengenalpasti individu yang positif Covid-19 agar tidak mengunjungi masjid dan surau.

**Larangan ini adalah bersifat sementara bagi membendung penyebaran wabak COVID-19.

Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak


Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 28 March 2024. Total Visitors 17538423

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH