Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

LAWATAN KHAS ORANG BESAR JAJAHAN KINTA KE MASJID RAJA DR NAZRIN SHAH IPOH PERAK

8 Januari 2020, Telah berlangsung dengan jayanya lawatan khas Orang Besar Jajahan Kinta YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, DPMP., PMP., DNS., PPP., BSK., ANS., HTS., JP. Ke Masjid Raja Dr Nazrin Shah Kampung Rapat Jaya Tambahan.

Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Kinta yang disambut oleh Ahli Jawatankuasa Masjid bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh Tuan Haji Ashraf Bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ipoh A.F Ustaz Muhamad Nuzul Hakim dan Pengerusi MPKK Kampung Rapat Setia Tambahan. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ahli jawatankuasa bersama orang besar jajahan kinta disusuli sesi penanaman anak pokok tamar di perkarangan masjid. Dato' Ab. Wahab turut meninjau keadaan sekitar luar dan dalam Masjid bagi tujuan pemantauan penaiktarafan fasiliti masjid.

Selesai solat maghrib berjemaah, ahli jawatankuasa berpeluang mendengar amanat daripada Dato' Ab. Wahab berkenaan penambahbaikan tugasan semua ahli jawatankuasa masjid. Majlis di akhiri dengan jamuan makan yang disediakan oleh pihak masjid seusai solat isyak secara berjemaah.


Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 17 April 2024. Total Visitors 17559080

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH