Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Rezeki Nikah Serentak



IPOH, 29 Jun 2019 - Seramai 11 pasangan pengantin baharu selamat dinikahkan pada Majlis Pernikahan Beramai-ramai 2019 di Masjid Muhammadiah di sini hari ini. Program anjuran sebuah syarikat perunding perkahwinan dan katering, Wahyu Catering itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan pihak pengurusan masjid berkenaan. Upacara akad nikah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga JAIPk, Mohd. Kamal Mohd. Noor. Penganjur majlis, Nur Idayu Zainal Rashid berkata, program pernikahan beramai-ramai yang diadakan sejak 2017 itu bertujuan menggalakkan majlis perkahwinan dilaksanakan mengikut syariat Islam. Beliau yang juga pemilik Wahyu Catering memberitahu, ia sekali gus mengurangkan beban kewangan ditanggung pasangan memandangkan kos bayaran yang dikenakan hanya RM3,500 sahaja. “Ini bersesuaian dengan objektif penganjuran bagi mempermudahkan urusan perkahwinan. Kos ini meliputi semua termasuk sewa pakaian, majlis berinai, jurufoto, cenderahati dan majlis resepsi. “Sehingga kini seramai 37 pasangan sudah selamat dinikahkan dan kebanyakanya adalah pasangan muda dalam lingkungan usia antara 19 hingga 25 tahun,” ujarnya. Bagi Timbalan Pengerusi Masjid Muhammadiah, Ustaz Hafiz Ng Abdullah pula, pihaknya amat berbesar hati atas kesudian penganjur memilih masjid berkenaan sebagai lokasi pernikahan. Sementara itu, pasangan pengantin, Mohd. Asyraf Hilmi Mohd. Asri, 26 dan Sazleen Mokhtar, 23, memberitahu teruja apabila dinikahkan secara beramai-ramai kerana memberi kelainan. “Kami bersyukur kerana kedua-dua belah keluarga bersetuju apabila menyuarakan hasrat menyertai majlis pernikahan ini. “Pihak penganjur juga banyak membantu sepanjang berurusan. Alhamdulillah majlis ini dapat membantu kami mengurangkan kos perkahwinan,” katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE

Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 17 April 2024. Total Visitors 17557901

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH