Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Nikah Jama'ie Syar'ie

16 September 2018, Ipoh : SERAMAI 30 pasangan dinikahkan serentak menerusi program Majlis Nikah Jama’ie Syarie Peringkat Negeri Perak Tahun 2018 di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu bermula pada 8 pagi dengan khutbah nikah disampaikan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Rujuk Orang Islam Negeri Perak, Zakaria Abd Razak disusuli dengan majlis ijab dan kabul.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu hadir bagi meraikan pasangan pengantin, sekali gus merasmikan majlis yang diadakan sempena Hari Malaysia itu. Hadir sama, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

Sebaik selesai majlis pernikahan, pasangan pengantin diarak ke dewan jamuan makan di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) untuk majlis resepsi dan makan beradab.

Sementara itu, Yusop berkata, program itu sudah memasuki tahun keenam dan sepanjang tempoh berkenaan ramai pengantin diraikan dengan penuh meriah mengikut panduan hukum syarak.

“Majlis seperti ini sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang bagi pasangan pengantin yang baru mendirikan mahligai kehidupan.

“Begitupun, JAIPk tidaklah menyetujui sifat malas berusaha dan malas menyimpan wang dengan hanya menunggu tarikh penganjuran program seperti ini apabila kira-kira 80 peratus perbelanjaannya ditaja.

“Pasangan dinasihatkan untuk menyimpan wang bagi digunakan di awal kehidupan berumah tangga tanpa dibebani hutang,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.


Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 17 April 2024. Total Visitors 17557952

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH