Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Maulidul Rasul 1437H/2015M


IPOH: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Aman Jaya Casauarina@meru telah dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam titahnya memberi penekanan kepada sifat benar dan sifat amanah memainkan peranan utama dalam kepimpinan Rasulullah dan perlu dijadikan pegangan para pemimpin pada masa kini.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Raja Nur Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda, Tunku Suraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta pegawai kanan kerajaan negeri.



Berikut merupakan pemenang Anugerah Khas Maulidur Rasul Negeri Perak yang disampaikan oleh baginda pada tahun ini:-

  1. Anugerah Keluarga Mithali – Tn. Hj. Arip bin Sa'ya
  2. Anugerah Imam – Tn. Hj. Imam Sarkowi Bin Saleh
  3. Anugerah Muazzin – Tn. Hj. Ramli bin Yeop Men
  4. Anugerah Pendakwah – Ust. Wan Masindra Bin Juja
  5. Anugerah Penguatkuasa Agama – Tn. Hj. Ayob Bin Endut
  6. Anugerah Siak – En. Ramli bin Sharif

Tahniah diucapkan.


Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 28 March 2024. Total Visitors 17539684

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH