Projek Kompleks Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan mula dibina pada awal tahun 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kompleks bernilai RM37.3 juta itu akan dibina di atas tanah yang telah diwartakan seluas 20 ekar di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Menurut beliau, kompleks itu bakal menempatkan bersama-sama Jabatan Mufti Negeri Perak dan ianya bakal didirikan dengan mengambil konsep senibina Islam Moden dengan ampuran elemen senibina tradisional Melayu Perak.

“Terdapat juga perancangan untuk mewujudkan dewan seminar di kompleks ini di mana ianya mampu menampung seramai 1,000 orang pada satu masa,” katanya ketika menggulung Bajet 2016 pada Sidang DUN pada Jumaat.

Dalam pada itu, kata beliau, kompleks itu turut akan menyediakan bilik tahanan sementara yang sesuai bagi tangkapan kes pelanggaran undang-undang syariah.

Jelas beliau, kerajaan negeri berharap pembinaan kompleks itu sekaligus dapat memantapkan perkhidmatan hal ehwal islam di negeri ini.

“Dengan penjagaan Mawasid Syariah melalui pendidikan, pembudayaan, pengawalan di Perak untuk mencapai matlamat Perak Aman Jaya,” ujarnya.

Perak Islamic Department
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Email: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome with 1024 x 768 resolution and above.
This website uses RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Friday 03 February 2023.

Today 19

Yesterday 314

This Week 19

This Month 3723

Total Visitors 17300249

Menu type not exists!
Test

sasasasasasasasa