• Laman Utama
  • Maklumat Umum
  • Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak Tahun 1436H/2015M dan Majlis Perasmian Masjid Al-Ansar


Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak Tahun 1436H/2015M dan Majlis Perasmian Masjid Al-Ansar


Ipoh, 03 Julai 2015
- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Ansar di Halaman Meru Impian, Ipoh - Perak. Sultan Nazrin yang diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah seterusnya berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 rakyat jelata.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria serta barisan exco negeri.

Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam Perak sebanyak RM526,200 kepada penghulu yang mewakili 2,631 penduduk setempat dari lapan mukim. Lapan mukim itu ialah Lahat yang menerima sebanyak RM84,000, Sungai Raia (RM64,200), Ulu Kinta Tanjung Rambutan (RM79,400), Ulu Kinta Chemor (RM76,800), Ulu Kinta Ipoh (RM140,600) Sungai Terap (RM35,800), Tanjung Tualang (RM34,400) dan Tronoh (RM11,000).

Baginda turut menyampaikan replika kunci van jenazah kepada Pengerusi Masjid itu Mustaha Khalil. Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah. - Bernama

Perak Islamic Department
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Email: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome with 1024 x 768 resolution and above.
This website uses RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Friday 02 December 2022.

Today 293

Yesterday 314

This Week 4442

This Month 2764

Total Visitors 17174964

Menu type not exists!
Test

sasasasasasasasa