Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 1435H/2014M

Teluk Intan €“ Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak pada tahun ini telah diadakan pada 7 hingga 8 April 2014 yang lalu bertempat di Arena Square, Teluk Intan. Sebanyak 8 orang peserta bertanding di peringkat akhir iaitu 4 Qari dan 4 Qariah setelah saringan di peringkat daerah.

Hj. Muhammad Kamarulzaman bin Daud dinobatkan sebagai Johan Qari pada edisi tilawah kali ini manakala Johan Qariah pula disandang oleh Puan Puteri Kalimatul Azzua binti Hamid.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Keberangkatan baginda diiringi YAB Menteri Besar Perak, Dato€™ Seri Diraja Dr. Hj. Zambri bin Abdul Kader dan Pengarah JAIPk, YB Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin.

Johan Qari dan Qariah akan membawa pulang wang tunai RM 7,500.00, pakej menunaikan fardhu haji, piala, hadiah iringan beserta sijil penyertaan. Mereka akan mewakili Negeri Perak ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 29 April 2014 bertempat di Negeri Pahang.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta kerana berjaya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan cukup baik sekali. Berikut adalah senarai penuh pemenang :-

QARI :

Johan €“ Hj. Muhammad Kamaruzaman bin Daud

Naib Johan €“ Muhammad Arif bin Razali

Ketiga €“ Muhammad Syukri bin Razali

Keempat €“ Muhammad Ramadhon bin Razali

QARIAH :

Johan €“ Puteri Kalimatul Azwa binti Hamid

Naib Johan €“ Munirah binti Razali

Ketiga €“ Hjh. Arbayah binti Mohd Dani

Keempat €“ Nur Salwa binti Razali

1

Johan Qari, Hj. Muhammad Kamaruzaman bin Daud dan Johan Qariah, Puan Puteri Kalimatul Azwa binti Hamid.

2

Pengarah JAIPk, YB Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin menyampaikan kata-kata aluan.

3

Antara jemputan yang hadir.

4

Peserta dan Johan Qari, Hj. Muhammad Kamaruzaman bin Daud memperdengarkan bacaan.

5

Hjh. Arbayah binti Mohd Dani, antara peserta Qariah yang memperdengarkan bacaan.
5
Persembahan Nasyid memeriahkan lagi majlis.
6
Upacara penyampaian hadiah disampaiakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah diiringi YB Menteri Besar Perak dan Pengarah JAIPk
7
Sesi penyampaian cenderamata.
8
Para peserta dan pemenang bergambar bersama. Tahniah diucapkan!

Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 24 April 2024. Total Visitors 17560838

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH