20 KESILAPAN MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Kehadiran anak-anak dalam hidup suami isteri adalah saat yang paling dinantikan. Tanggungjawab kita menjadi lebih berat apabila harus mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Tapi awas, salah didikan boleh menjadikan anak-anak anda bukan anak impian anda. Berikut adalah 20 kesilapan mendidik anak-anak yang harus anda elakkan.
1) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
2) Sering mengeluh dihadapan anak-anak.
3) Tidak meraikan anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah.
4) Tidak mendedahkan anak-anak dengan konsep keadilan.
5) Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
6) Tidak terlibat dalam urusan pelajaran anak-anak.
7) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
8) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
9) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
10) Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
11) Memberikan kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
12) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
13) Terlalu mengongkong anak-anak.
14) Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
15) Tidak memupuk semangat membaca dikalangan anak-anak.
16) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
17) TIdak memberikan perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
18) Lambat memberikan penghargaan kepada anak-anak.
19) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
20) Memberi hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.