Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Perhimpunan Bulanan 3/2016 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri - 28 Julai 2016

Perhimpunan Bulanan 3/2016 Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri

IPOH, 28 JULAI 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Siri 3/2016 beserta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Agama Islam Perak Tahun 2016 telah diadakan di Pusat Kegiatan Dakwah, dengan kehadiran hamper 800 orang tetamu terdiri daripada kakitangan awamJ AIPk serta tetamu jemputan.

Perhimpunan Bulanan Siri 3/2016 dimulai tepat jam 10.00 pagi yang dirasmikan oleh Dato’ Mohd Yusop bin Haji Husin selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyentuh mengenai adap dan tingkah laku yang perlu di jaga demi menjaga nama baik jabatan. Selain itu, beliau juga mengucap tahniah kepada Bahagian Pembangunan Keluarga yang telah Berjaya mewakili jabatan dengan menyertai Inovasi ke peringkat Kebangsaan anjuran JAKIM dalam perakuan nikah segera dengan penggunaan “SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA”.

Selesai sahaja perhimpunan bulanan, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAIPk 2016 diteruskan. Terdapat pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang dihidang oleh 9 bahagian dari JAIPk untuk tetamu yang hadir kali ini seperti roti jala, lemang, ketupat palas, rending ayam dan daging, rending tok, capati, lontong, mee udang, laksa, kueyteow goreng, aiskrim Malaysia, cendol, rojak buah-buahan, satay, nasi tomato dan pelbagai jenis minuman.

Turut diadakan pada majlis jamuan kali ini, Pertandingan Gerai Tercantik. Bagi pertandingan geraiter cantik, Bahagian Pengurusan Masjid dinobatkan sebagai pemenang dengan hiasan kreatif dan klasik yang ditampilkan, diikuti tempat kedua dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan gerai dari Bahagian Pendakwaan dipilih selaku pemenang bagi tempat ketiga.

Persembahan Karaoke dari Eda Fadzillah Binti Ismail dari Bahagian Dakwah yang mendendangkan beberapa buah lagu raya bagi memeriahkan lagi majlis.










Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 28 March 2024. Total Visitors 17539526

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH