Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015



WACANA EKSEKUTIF INDEKS
SYARIAH MALAYSIA
NEGERI PERAK 2015

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tmenganjurkan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak pada 17 Ogos 2015 bertempat di Auditorium, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). Wacana yang berlangsung ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada ADUN Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan Pesekutuan dan Negeri, Orang Besar Jajahan, Ketua-Ketua Pemimpin Masyarakat dan Pegawai-Pegawai Agama.

Wacana ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak dan turut hadir YBhg Dato' Mohd Yusof Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Wacana ini berobjektifkan untuk memberi kefahaman dan penerangan kepada kumpulan Pembuat Dasar, Pelaksana Dasar dan Masyarakat tentang pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia. Sejak dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Februari 2015 yang lalu, negeri Perak menjadi destinasi pertama siri jelajah penerangan Indeks Syariah Malaysia secara wacana ilmiah setelah penerangan secara interaktif melalui media sosial dan laman maya.

Dua kertas kerja turut dibentangkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dr Abdul Shukor Haji Husin (Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia) bertajuk Model Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia berteraskan Maqasid Syariah dan kertas kerja oleh Dato' Aidit Ghazali (Panel Indeks Syariah Malaysia) bertajuk Pengukuran dan Pembudayaan Indeks Syariah Malaysia dalam Organiasasi dan Masyarakat.

Prof Emeritus Tan Sri di dalam pembentangannya menyatakan bahawa Unit Indeks Syariah Malaysia, Jakim telah melantik 5 buah Universiti terdiri daripada 40 orang Penyelidik dalam 8 bidang pengukuran iaitu Undang-Undang, Politik, ekonomi, pendidikan, sosial, prasarana, budaya dan kesihatan. Menurut beliau lagi, penilaian ini berteraskan Maqasid Syariah yang bersifat sejagat dan tetap serta boleh diterima oleh semua pihak bukan sahaja Umat Islam bahkan bukan Islam.

YB Dato Mohd Nizar Bin Zakaria menyatakan ucapan terima kasih dan tahniah kepada JAIPk dan JAKIM kerana menjadikan negeri Perak sebagai hos pertama Wacana Eksekutif ini. Selain itu, beliau turut mengulas tentang peri pentingnya Indeks Syariah Malaysia dalam memastikan urus tadbir negara berteraskan Islam.

"Dunia sedang melihat Malaysia dan sering menjadikan Malaysia sebagai contoh untuk membangunkan Islam dalam pentadbiran. Oleh itu, dengan lahirnya Indeks Syariah Malaysia akan melengkapkan lagi urus tadbir Islam di Malaysia dan menjadikan kita sebagai sebuah negara Islam contoh", ujarnya.

Turut diserahkan Kit Indeks Syariah Malaysia yang mengandungi Profil Korporat, Model ISM, Info Ringkas berkaitan Indeks Syariah Malaysia kepada JAIPk untuk diagihkan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Selepas ini, Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia akan bergerak ke beberapa buah negeri lagi bagi memberi penerangan dan penjelasan agar produk Indeks Syariah Malaysia diterima oleh semua pihak, Insyallah.


Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 28 March 2024. Total Visitors 17539219

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH