IPOH - Kerajaan Negeri Perak meminta supaya ibu bapa atau penjaga bagi pelajar sekolah tahfiz di negeri ini memberi persetujuan untuk membenarkan anak mereka menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata ini kerana terdapat ibu bapa yang masih belum memberikan respons balas sehingga menyebabkan pentadbiran sekolah tahfiz lambat untuk mendaftarkan pelajar bagi program vaksinasi.

“Untuk pengetahuan, syarat utama proses pendaftaran untuk para pelajar ini diberikan suntikan vaksin adalah ia memerlukan persetujuan di pihak ibu bapa.

"Jadi, saya nasihatkan secara umum kepada semua pihak terutamanya ibu bapa supaya memberi kebenaran anak-anak mereka divaksin,” katanya pada sidang media selepas hadir dalam Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Klinik Kesihatan Sementara Manjoi di sini, pada Ahad.

Mohd Akmal berkata, setakat ini terdapat 30 sekolah tahfiz tidak berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang masih belum menyerahkan senarai nama para pelajar mereka untuk PICK Remaja.

Mengulas mengenai PICK Remaja, Mohd Akmal berkata, sebanyak 84 peratus remaja yang berdaftar di bawah program itu di Perak telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

“Bagi saya, ini satu perkembangan yang positif untuk pelajar termasuk pelajar sekolah agama dan kita harap jumlah ini akan terus meningkat serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya sebanyak RM26.4 juta diperuntukkan bagi pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi yang dijangka siap sepenuhnya pada 14 September 2023.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan klinik lima tingkat itu telah bermula sejak 17 September 2021 dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 penduduk yang menetap di Manjoi dan kawasan sekitar.

“Ini satu berita gembira kepada rakyat di Manjoi yang sekian lama menunggu bukan sahaja penduduk di sini tetapi warga kerja daripada jabatan kesihatan sendiri. Bagi saya, ia bukan sahaja memberi keselesaan malah ia antara yang terbaik terdapat di negeri ini,” katanya - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/166170/KHAS/Covid-19/Ibu-bapa-pelajar-sekolah-tahfiz-perlu-benarkan-anak-divaskin


Perak Islamic Department
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Email: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome with 1024 x 768 resolution and above.
This website uses RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 03 August 2022.

Today 137

Yesterday 446

This Week 1802

This Month 6655

Total Visitors 16981099

Menu type not exists!
Test

sasasasasasasasa