Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

SOP solat di masjid, surau di Perak kekal

SAIFULLAH AHMAD | | 11 Ogos 2021

IPOH - Prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi solat berjemaah di masjid dan surau di Perak masih kekal digunapakai.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, individu yang menerima dos lengkap vaksin masih perlu mematuhi SOP ditetapkan sebelum ini.

Menurut beliau, pematuhan SOP berkenaan penting bagi mengelak tercetusnya kluster baharu Covid-19 membabitkan masjid dan surau.

"SOP solat berjemaah di masjid dan surau kekal seperti sekarang walaupun ada dalam kalangan ahli jemaah yang telah lengkap dua dos vaksin.

"Jemaah hendaklah mematuhi SOP terutamanya pemakaian pelitup muka, membawa sejadah dan penjarakan fizikal yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Mohd Yusop turut menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini supaya terus mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa agar virus Covid-19 dapat dilenyapkan.

Mulai 8 Julai lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini menerima jemaah mengikut keluasan dewan solat dengan pematuhan jarak fizikal yang ditetapkan.

Kebenaran melibatkan semua solat fardu, solat Jumaat dan solat jenazah itu selari dengan tempoh Pelan Pemulihan Negara Berfasa yang diumumkan kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154897/EDISI/SOP-solat-di-masjid-surau-di-Perak-kekal



Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Wednesday 17 April 2024. Total Visitors 17557101

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH