Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian 30 Jun - Kelas KAFA di Perak guna video interaktif

SAIFULLAH AHMAD | | 30 Jun 2021

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan inisiatif menghasilkan video interaktif bagi membantu guru-guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, melalui inisiatif baharu itu, Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) akan bekerjasama menghasilkan video-video kelas KAFA bagi memudahkan penyampaian kepada murid.

Menurutnya, video-video yang akan dihasilkan itu boleh dijadikan sebagai antara bahan PdPR atau dimuatnaik di media sosial.

"Ini merupakan satu lagi inisiatif di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi membantu guru-guru KAFA menjalankan PdPR.

"Inisiatif ini dilaksanakan sebagai maklum balas terhadap cadangan supaya bantuan dan sokongan diberi kepada guru-guru KAFA yang berdepan kesukaran untuk menghasilkan kandungan serta bahan-bahan PdPR," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar secara maya di sini pada Rabu.

Saarani berkata, seramai 15 pegawai JAIPk serta guru-guru KAFA akan terlibat dalam proses rakaman serta penghasilan video-video interaktif berkenaan.

Katanya, video-video berkenaan meliputi bahan pelajaran untuk murid KAFA Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Pada 3 Februari lalu, kerajaan negeri melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang bertujuan membantu murid dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama di negeri ini.

Program tersebut merangkumi inisiatif dan bantuan khusus iaitu tuisyen dan kelas tambahan, bantuan khas makanan, program latih tubi menjelang peperiksaan, seminar menjawab soalan peperiksaan serta penyediaan

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147259/EDISI/Kelas-KAFA-di-Perak-guna-video-interaktif



Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 28 March 2024. Total Visitors 17538795

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH