Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
SOALAN 1

Apakah hukum orang yang bersembahyang di atas bangku disebabkan keuzuran?

Jawapan :

Berdasarkan kitab Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1 oleh Wahbah Al-Zulhaili terjemahan oleh Syedd Ahmad Hussain et. Al. terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka kuala Lumpur 1997 di muka surat 664 menyatakan pendapat Ulamak syafii berkaitan solat orang yang sakit atau uzur:

“ Sekiranya tidak berupaya berdiri langsung (iaitu kesulitan yang tidak tertangung pada kebisasaan seperti mabuk laut), hendaklah duduk dengan apa cara sekalipun. Ini berdasarkan hadis Imran bin hussain.

Terjemahan: "Hendaklah engkau sembahyang secara berdiri. Jika tidak berupaya berdiri, duduk. Jika tidak berupaya sembahyang secara duduk, hendaklah sembahyang secara baring di atas lambung rusuk."

SOALAN 2

Di waktu Zohor mendengar dua azan dengan serentak. Adakah wajib menjawab kedua-dua azan atau sekali sahaja.

Jawapan:

Jika azan itu dilaungkan serentak, maka disunatkan menjawab sekali sahaja.

SOALAN 3

  1. Adakah majlis tazkirah sebelum Solat Jumaat dibolehkan atau diharuskan?
  2. Jika majlis tazkirah dibolehkan, apakah syarat-syarat atau peraturan yang wajar dipatuhi , agar pihak pentadbir masjid ini dapat mengambil langkah-langkah wajar menepati peraturan yang ditentukan.

Jawapan:

  1. Hukumnya harus mengadakan tazkirah sebelum solat jumaat dengan tiada mengganggu ahli jemaah lain yang sedang beribadat ataupun tazkirah itu telah dimaklumi oleh jemaah dan dipersetujui oleh majoriti jemaah.
  2. Adalah dinasihatikan orang yang menyampaikan tazkirah itu dari kalangan pemegang Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak.
SOALAN 4

Majlis Daerah Kinta menghadapi kemusykilan mengenai pembayaran sumbangan kematian yang diperolehi melalui Insuran Takaful Nasional kepada salah seorang pekerja majlis yang telah meninggal akibat dipanah petir. Kini timbul masalah penyaluran sumbangan tersebut kerana Allahyarham meninggalkan bapa kandung, isteri serta lapan orang anak yang masih hidup pengagihan sumbangan berikut bolehkah diklasifikasi sebagai pesaka atau sebaliknya?

Jawapan :

Sumbangan kematian Insuran Takaful kepada keluarga Allahyarham tidak termasuk dalam harta peninggalan si mati dan tidak terikat dengan pembahagian secara faraidh. Wang itu eloklah digunakan untuk kepentingan keluarga simati.

SOALAN 5

Apakah hukumnya pengantin perempuan memindahkan wali kepada datuknya kerana bapa pengantin perempuan dipenjarakan atas tuduhan merogol anaknya sendiiri iaitu pengantin perempuan berikut?

Jawapan :

Perkahwinana itu sah kerana bapa telah hilang hak wilayah disebabkan perbuatan sendiri merogol anaknya.

SOALAN 6

  1. Saya telah bercerai dengan isteri saya pada 1 Oktober 2002 di Mahkamah Syariah Manjung. Perak dengan eddah selama tiga (3) bulan.Pada 1 November 2002, bekas isteri saya telah datang ke kediaman saya secara tidak langsung kami telah melakukan persetubuhan, adalah disebabkan persetubuhan itu boleh diambil kira sebagai rujuk kembali walaupun waktu itu kami belum berniat untuk rujuk?
  2. Adakah dia secara automatiknya telah menjadi isteri saya semula disebabkan persetubuhan yang kami lakukan itu?
  3. Masalah yang saya hadapi sekarang bekas isteri saya telah mengandung 4 bulan dan saya percaya benih yang dikandung itu adalah kepunyaan saya.

Jawapan :

  1. Mengikut pendapat yang sahih dalam Mazhab shafie pasangan yang telah bercerai dan melakukan persetubuhan semasa dalam idah tidaklah dengan sendirinya telah rujuk kerana rujuk memerlukan lafaz.
  2. Kedudukan tuan dan isteri bukan lagi suami isteri, persetubuhan haram.
  3. Persetubuhan yang berlaku pada bulan November 2002 yang menyebabkan bekas isteri mengandung berlaku di dalam iddah. Maka dengan sebab kandungan itu maka iddah bekas isteri bertukar ddaripada iddah Quru' kepada iddah mengandung. Oleh yang demikian pasangan ini masih boleh ruju' selagi belum melahirkan anak.

Copyright © 2023 Perak Department of Islamic Religion. Best viewed via Mozilla Firefox and Google Chrome with a resolution of 1024 x 768 and above. This website uses a RESPONSIVE LAYOUT.

Lasted Update :Thursday 28 March 2024. Total Visitors 17539716

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH