Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Sinar Harian (29 Mac 2023) - JAIPk beri amaran lisan geng plastik hitam

JAIPk beri amaran lisan geng plastik hitam

oleh SAIFULLAH AHMAD

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menjalankan Operasi Tidak Menghormati Ramadan di beberapa lokasi di negeri ini pada Selasa.

 

Antara lokasi yang menjadi tumpuan termasuklah di sekitar Lahat, Menglembu, Silibin dan Pekan Ipoh.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abd Halim berkata, operasi yang dijalankan itu berkaitan kesalahan Tidak Menghormati Ramadan di bawah Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.

 

Menurutnya, operasi itu melibatkan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIPk melibatkan seluruh daerah di negeri ini.

 

"Hasil daripada operasi yang dijalankan mendapati masih terdapat sebilangan kecil daripada kalangan orang Islam yang disyaki tidak peka dengan kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu

 

Harith Fadzilah berkata, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan yang dibuat atas kesalahan berkenaan dan JAIPk hanya memberi teguran lisan kepada mereka yang disyaki melakukan kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan.

 

Dalam pada itu, beliau menasihati orang Islam khususnya di negeri ini supaya menghormati bulan Ramadan.

 

Untuk paparan artikel penuh, sila klik pautan https://www.sinarharian.com.my/article/252013/khas/ramadan/jaipk-beri-amaran-lisan-geng-plastik-hitam


Hakcipta Terpelihara © 2023 Jabatan Agama Islam Perak. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 28 Mac 2024. Jumlah Pelawat: 17539665

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH