oleh SAIFULLAH AHMAD 02 November 2022 09:56am

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melarang sebarang bentuk aktiviti yang mempunyai kempen politik sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk diadakan di masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama di negeri ini.

Pengarahnya, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, arahan tersebut sebagai menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi memastikan kesucian agama Islam dipelihara dan memastikan institusi agama Islam dilindungi daripada dicemari kegiatan politik kepartian.

"JAIPk dengan ini menetapkan peraturan serta panduan mengenai program dan aktiviti yang dianjurkan di masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama sepanjang tempoh kempen PRU15.

"Arahan ini berkuat kuasa mulai solat Maghrib hari Jumaat, 4 November 2022 sehingga solat Subuh 20 November 2022," katanya menerusi satu pekeliling yang diedarkan kepada pengerusi masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama negeri Perak pada Rabu.

Menurut Harith Fadzilah, antara perkara yang dilarang termasuklah calon, pemimpin, petugas parti politik mengambil alih tugas imam dan khatib daripada pegawai masjid.

Jelasnya, mereka juga dilarang mengadakan ceramah, ucapan, pengumuman dan lawatan yang ada elemen berkempen.

"Dilarang juga mengumumkan bantuan, penyerahan sumbangan dan tajaan jamuan atas nama calon dan parti politik.

"Memasang lambang, bendera parti dan poster calon di dalam bangunan dan pekarangan masjid, surau, maahad tahfiz serta sekolah agama juga dilarang," katanya.

Menurutnya, jika terdapat sebarang keraguan, pihak yang berkenaan dinasihat merujuk dan mendapatkan nasihat Orang Besar Jajahan atau Pegawai Tadbir Agama.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/228839/edisi/perak/pru15-jaipk-larang-kempen-di-masjid-surau


Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 25 November 2022.

Harini 130

Semalam 389

Minggu Ini 519

Bulan Ini 18606

Jumlah Pelawat 17151109

Test

sasasasasasasasa