IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan pertambahan bilangan jemaah solat fardu, Solat Jumaat dan solat jenazah di masjid dan surau negeri ini hingga 250 jemaah, berkuat kuasa esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Annuar Zaini, berkata pertambahan bilangan itu berbanding 40 jemaah sebelumnya, membabitkan Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah 2), Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar serta masjid utama di daerah.

Selain itu, pertambahan bilangan serupa turut membabitkan masjid dan surau yang terletak dalam kawasan kem tentera, kem polis, kampus universiti, maktab, kolej, dan politeknik yang seboleh-bolehnya diutamakan dan dibatasi untuk warga institusi berkenaan.

Bagi masjid dan surau selain yang dinyatakan, had maksimum ditambah kepada hanya 120 jemaah berbanding 40 jemaah sebelum ini, tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid serta surau.

Lebih 1,000 sertai majlis kesyukuran sempena pertabalan Sultan Perak
"Perkenan ini adalah selepas menimbangkan sembah cadangan MAIPk berlandaskan nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Besyarat (PKPB) serta PKP Diprketatkan (PKPD).

"Sultan Nazrin memahami hasrat umat Islam mahu mengimarahkan rumah-rumah Allah dan beribadah secara berjemaah namun dalam masa sama mengutamakan faktor keselamatan kesihatan para jemaah selain menimbangkan tugas berat petugas barisan hadapan ," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 27 Januari lalu, Sultan Nazrin memperkenankan solat fardu dan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau termasuk surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat, dan kilang dengan had 40 jemaah.

Jemaah yang dibenarkan (solat) terbatas kepada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun. Para jemaah juga disarankan membawa beg menyimpan kasut sendiri bagi memastikan jarak fizikal diamalkan dengan mengelakkan kesesakan yang sering terjadi sejurus solat dilaksanakan.

Artikel Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/784587/perak-benar-250-jemaah-solat-fardu-jumaat-di-masjid-utama


Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 02 Mac 2021.

Harini 1

Semalam 27

Minggu Ini 48

Bulan Ini 48

Jumlah Pelawat 16153587

Test

sasasasasasasasa