Pada 27 Mei 2016 bersamaan 20 Sya'ban 1437H, Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Tahun 2015 telah berlangsung di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Hadir bagi menyempurnakan majlis ini adalah YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah bersama YBhg. Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin, Pengarah JAIPk. Turut hadir ketua-ketua bahagian serta warga kerja yang diraikan.

Menerusi ucapan beliau, YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar Bin Zakaria menyatakan bahawa warga kerja JAIPk perlulah bersikap responsive terhadap keperluan mutu perkhidmatan dan sentiasa mempertingkatkan keupayaan dari masa ke semasa. Ini untuk mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai visi jabatan selaras dengan tag-line JAIPk iaitu "Merintis Kegemilangan Ummah".

Seramai 47 warga kerja JAIPk telah dipilih untuk menerima APC2015 ini berdasarkan prestasi dan khidmat cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 orang terdiri dari kumpulan Pengurusan dan Professional manakala 35 orang dari kumpulan Pelaksana, yang akan menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00 berserta Sijil Perkhidmatan Cemerlang APC 2015.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima APC 2015.











Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Tel: +(60) 05-2084800
Fax: +(60) 05-2555512
Emel: jaipk[at]perak[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 23 Januari 2020.

Harini 97

Semalam 1074

Minggu Ini 3852

Bulan Ini 19898

Jumlah Pelawat 16084935

qrcode
Test

sasasasasasasasa