Makluman Kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid & Surau

KEPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 

Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau di Negeri Perak hendaklah memastikan tiada penganjuran aktiviti-aktiviti politik termasuk ceramah diadakan di masjid dan surau di dalam kariahnya. Arahan in bagi memastikan agar masjid dan surau kekal menjadi pusat ibadah, pusat ilmu dan penyatuan ummah. Mana-mana pihak adalah dilarang mengadakan aktiviti-aktiviti politik termasuk ceramah di masjid dan surau.

Selain dari itu penganjur-penganjur ceramah agama hendaklah mematuhi peraturan, yang menetapkan sebarang penganjuran ceramah agama hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ceramah diadakan. Arahan ini terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran Agama Dakwah 2013. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Peraturan ini telah diperingatkan berkali-kali dan wajar diberi perhatian demi keharmonian masyarakat khususnya umat Islam.



Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.