Koleksi Artikel


MAJLIS NIKAH JAMA'IE SYAR'IE 2015



16 September 2015, Seramai 60 pasangan telah selamat diijab kabulkan dalam Majlis Nikah Jama'ie Syar'ie peringkat Negeri Perak 2015 yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh seawal jam 8 pagi.

Majlis terbahagi kepada beberapa sesi iaitu sesi taklimat kepada peserta, khutbah nikah, upacara akad nikah, solat sunat nikah, penyerahan mas kahwin, penyerahan tanggungjawab, perarakan Raja Sehari, majlis makan beradab dan sesi fotografi.

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Agama Islam Perak (BAKSIP). Rata-rata pasangan pengantin adalah dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.



Menurut pengarah JAIPk, Dato' Yusop Husin, penganjuran program yang merupakan buat kali ketiga ini telah disertai lebih ramai peryertaan berbanding sebelum ini. Program sedemikian bermula dari tahun 2013 dengan penyertaan hanya 10 pasangan sahaja, 2014 telah meningkat kepada 38 pasangan dan tahun ini 2015 seramai 60 pasangan yang telah berdaftar untuk menyertai program bagi mewujudkan satu keluarga sakinah yang bermaksud sebuah keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang, keamanan, ketenteraman, perlindungan, bahagia, berkat dan dirahmati oleh Allah SWT.


Program ini dimulai dengan khutbah nikah, upacara akad nikah, solat sunat nikah, penyerahan mas kawin dan penyerahan tanggungjawab. Elemen-elemen ini bertujuan membantu mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah.


Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zamry Abd Kadir dan isteri Datin Saripah Zulkifli pada malam harinya bagi upacara memotong kek perkahwinan secara beramai-ramai di Hotel Causarina.

 
Kenderaan berjenama Mercedes dengan pelbagai model digunakan untuk para pengantin ke acara seterusnya, yang telah disediakan oleh pihak JAIPk bagi memeriahkan Majlis.
 




Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.